Siapa yang tidak menginginkan warna bibir yang cantik? Warna bibir yang kemerahan pasti dapat memberi imej ceria dan cantik kepada seseorang. Ia juga melambangkan kesihatan dan gaya hidup yang baik.
Secara umumnya :
Permukaan kulit manusia mempunyai melanin yang berfungsi melindungi tubuh daripada sinar UV yang keterlaluan. Berbanding dengan kawasan lain pada permukaan tubuh badan, bibir mempunyai lapisan melanin yang amat kurang. Oleh itu, warna merah darah daripada saluran darah hampir kelihatan, menyebabkan bibir berwarna kemerahan. Apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari (UV rays), melanin akan bertambah.
(Melanin menggelapkan warna kulit, tengok dalam gambar tisu di bawah.)
Oleh itu, elakkanlah supaya jangan terlalu terdedah kepada pancaran matahari. Elakkan juga daripada menjilat bibir. Sebaliknya, gunakanlah gincu yang mempunyai pelembap dan UV filter.
Kemudian, korang bolehlah mengamalkan pemakanan yang baik terutamanya pengambilan buah yang berwarna kemerahan. Ini kerana, warna merah pada buah adalah hasil daripada nutrien yang ada di dalamnya. Jadi, pengambilan buah-buahan tersebut bermakna mengambil nutrien yang ada di dalamnya..
Selepas memberus gigi pula, berus bibir secara perlahan untuk membuang sel yang dah mati.
Paling penting, amalkan gaya hidup ceria, sihat dan hati yang lapang. Sebabnya, warna bibir boleh menunjukkan keadaan sistem peredaran darah kita. Sistem peredaran darah pula dapat dipengaruhi oleh gaya hidup sihat kita.
Keraplah melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Aktiviti seperti ini membolehkan salur darah mengembang dan hasilnya lebih dekat kepada kulit. Selain wajah dan bibir kemerahan, anda boleh juga memperoleh badan yang sihat.


No comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi ..