0 Kenapa Bibir Gelap?

Siapa yang tidak menginginkan warna bibir yang cantik? Warna bibir  yang kemerahan pasti dapat memberi imej ceria dan cantik kepada seseorang. Ia juga melambangkan kesihatan dan gaya hidup yang baik.

Secara umumnya :

     Permukaan kulit manusia mempunyai melanin yang berfungsi melindungi tubuh daripada sinar UV yang keterlaluan. Berbanding dengan kawasan lain pada permukaan tubuh badan, bibir mempunyai lapisan melanin yang amat kurang. Oleh itu, warna merah darah daripada saluran darah hampir kelihatan, menyebabkan bibir berwarna kemerahanApabila kulit terdedah kepada cahaya matahari (UV rays), melanin akan bertambah.
(Melanin menggelapkan warna kulit, tengok dalam gambar tisu di bawah.)


     Oleh itu, elakkanlah supaya jangan terlalu terdedah kepada pancaran matahari. Elakkan juga daripada menjilat bibir. Sebaliknya, gunakanlah gincu yang mempunyai pelembap dan UV filter.

     Kemudian, korang bolehlah mengamalkan pemakanan yang baik terutamanya pengambilan buah yang berwarna kemerahan. Ini kerana, warna merah pada buah adalah hasil daripada nutrien yang ada di dalamnya. Jadi, pengambilan buah-buahan tersebut bermakna mengambil nutrien yang ada di dalamnya..

     Selepas memberus gigi pula, berus bibir secara perlahan untuk membuang sel yang dah mati.
Paling penting, amalkan gaya hidup ceria, sihat dan hati yang lapang. Sebabnya, warna bibir boleh menunjukkan keadaan sistem peredaran darah kita. Sistem peredaran darah pula dapat dipengaruhi oleh gaya hidup sihat kita.

     Keraplah melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Aktiviti seperti ini membolehkan salur darah mengembang dan hasilnya lebih dekat kepada kulit. Selain wajah dan bibir kemerahan, anda boleh juga memperoleh badan yang sihat.

0 Mengurangkan Rasa Sakit Senggugut

Beberapa hari sebelum kitaran menstruasi bermula, seorang wanita akan mengalami kembung perut, sakit kepala, perubahan mood dan beberapa lagi perubahan fizikal dan emosi. Gejala yang berlaku pada setiap bulan ini dikenali sebagai premenstrual syndrome (PMS). Satu lagi gejala yang lebih teruk, menyebabkan kesakitan serta menjejaskan kerja harian adalah Premenstrual Dysphoric Dysorder (PMDD).

Salah satu gejala yang berlaku sepanjang PMS adalah:

1. Mengidam/ cravings.
Terutamanya makanan yang masam ataupun manis seperti kek coklat. Sebaliknya, terdapat juga mereka yang akan menghadapi gejala hilang selera makanan, kembung perut dan sembelit.

2. Timbulnya jerawat. Hal ini disebabkan kerana perubahan hormon dalam badan yang menyebabkan penghasilan sebum ke kulit secara berlebihan.

3. Sakit. Terutamanya sakit bahagian belakang badan, payudara sensitif dan sakit kepala.

4. Perubahan mood yang tidak dijangka.
Termasuklah, geram, marah, rasa nak nangis, stress. Ada juga yang tiba-tiba bersemangat dan menjadi hyper.

Siapa yang lebih cenderung mengalami PMS?
Remaja 20-an sehingga lah meningkat ke usia pertengahan 40-an.
Semakin meningkat dewasa, sakit PMS akan menjadi lebih teruk dan akan kembali berkurangan pada usia sekitar 40-an.

Bagaimana mengatasi PMS?

1. Kerap melakukan latihan (exercise).
Exercise yang berterusan, bukan cuma pada masa sakit akan membantu memperbaiki mood kita dan meningkatkan stamina kita. Oleh itu, akan membantu diri kita melawan rasa sakit pada jangka masa PMS.

2. Pengambilan diet yang kaya dengan vitamin B (contohnya pisang, sayur-sayuran hijau, lemak tenusu, telur dan kentang)

3. Makan, jangan skip masa untuk makan. (untuk mengelakkan kadar gula dalam darah menjadi tak seimbang.)
Mengidam makanan semasa PMS terjadi kerana kadar gula dalam darah menjadi tidak seimbang. Hal ini akan menyebabkan perubahan pada mood seseorang. Oleh itu, jangan skip pengambilan makanan dan makan makanan yang penuh dengan karbohidrat (sumber gula).

4. Hindari pengambilan makanan yang terlebih garam, kafein, alcohol.
Ini kerana;-
Garam boleh meningkatkan kembung perut.
Kafein menyebabkan mood cepat marah.
Alkohol menyebabkan mood cepat berubah.

5. Hilangkan stress.
Hal ini memberi kesan yang berbeza kepada wanita yang berbeza. Walaubagaimanapun, adalah penting untuk seseorang mencari cara yang paling sesuai untuk meghilangkan stress ketika PMS. Anda mungkin perlukan aktiviti yoga, meditasi, tafakur, urutan atau paling kurang pun bercakap dengan rakan anda. Ini secara tidak langsung akan membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lebih lena dan menstabilkan hormon dalam badan anda.

6. Ubat. (ubat OTC, terapi hormon, antidepressant, supplement)
Contohnya, aspirin. (Tapi, kalau boleh guna kaedah yang lebih natural. Makes that your 1st choice terlebih dahulu.)

Mengurangkan sakit senggugut pada masa sakit.
1. Minum air.
2. Sapu perut (bahagian yang sakit) dengan minyak panas.
3. Tuam perut dengan benda yang panas suam.
4. Tidur secara menonggeng (kalau selesa).
5. Rehatkan diri dan tidur (jauhkan diri daripada cahaya).

0 Cuci Kulit Muka yang Kering

Semoga bermanfaat.




Sentiasa Membasuh Muka Sebelum Tidur.
Tak kira bagaimana kering pun kulit anda, membasuh muka pada waktu malam tetap penting dan tidak boleh ditinggalkan. Ini kerana pada siang hari, kotoran seperti mekap, sel mati, debu dan bakteria akan banyak terkumpul pada permukaan kulit muka kita. Kotoran ini boleh masuk ke liang pori muka dan menyebabkan radang pada permukaan kulit muka. Basuh perlahan-lahan tanpa menyental untuk mengelakkan kulit merengsa. Pada waktu pagi pula tak perlu basuh muka dengan sabun, cukup setakat membilas dengan air.

Pembersih Muka Jenis Sabun atau Bukan Sabun?
Bahan dalam pencuci muka yang bersabun akan membasuh pelembap semulajadi yang ada pada permukaan kulit muka. Ini menyebabkan rasa kering, gatal dan radang. Bahan dalam pencuci muka yang tidak bersabun diperbuat daripada bahan yang hampir sama dengan sabun yang biasa, cuma ianya 'kurang' mengurangkan minyak pelembap semulajadi pada kulit.

Apa yang Perlu Anda Cari dalam Pembersih Muka.
Pertimbangkan pembersih yang lembut yang ditambah dengan moisturizer. Kulit anda harus dipastikan untuk sentiasa terasa lembut dan licin selepas pembersihan. Jika pencuci yang anda pilih menjadikan kulit anda berasa terlalu kering dan ketat, cuba pencuci muka yang lain pula.

Air dan Kulit Kering.
Mandi dengan air yang panas lebih cepat membasuh minyak semulajadi yang membantu melembapkan kulit kita berbanding mandi dengan menggunakan air suam. Taklah panas mendidih ye. Maksud suam di sini ialah standard, 35 darjah. Jadi, basuh muka dengan air yang suam dan jika anda mandi menggunakan air panas, limitkan masa anda.

Untuk Kulit Kering, Tak Perlu Skrub Muka.
Berita baik untuk anda yang mempunyai kulit kering ialah, anda tak perlu membeli skrub muka dan tak perlu luangkan masa berharga anda untuk skrub muka anda.  Ini kerana, menggosok dan menyental kulit muka anda akan menyebabkan kerengsaan pada kulit muka anda. Jadi, basuh muka anda dengan tangan dah memadai.

Tekap, dan Jangan Gosok Muka yang Kering.
Usah rosakkan kulit muka anda yang sempurna dengan menggosok kulit anda yang kering. Menggosok boleh menyebabkan lelasan pada kulit anda, kemudian akan membawa kepada kerengsaan dan keradangan. Sebaliknya, bilas muka anda dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih. Tak perlu lap sehingga terlalu kering, supaya boleh meninggalkan sedikit lembapan dan minyak pelembap semulajadi pada kulit anda.

Selain itu, elakkan daripada terdedah terlalu banyak kepada elemen yang boleh mengeringkan kulit muka seperti cahaya matahari, tingkatkan kekerapan minum air, elakkan mandi menggunakan air panas dan usah ter'over' membasuh muka anda.